Alatan tangan yang dibekalkan di bengkel Kemahiran Hidup adalah untuk kemudahan dan kegunaan semasa melakukan aktiviti dan projek.
Alatan tangan ini perlu dijaga dengan baik dan cermat. Oleh itu, murid-murid perlu mengetahui cara-cara yang betul untuk menyenggara dan membaik pulih perkakas dan alatan tangan.
Alatan tangan perlu disenggara dengan baik supaya :
- Sentiasa berada dalam keadaan baik
- Tersusun dan teratur
- Mudah diambil untuk digunakan
- Tahan lebih lama
- Selamat digunakan dan terhindar daripada kemalangan
a) Penyenggaraan Alatan Tangan
Kerja-kerja penyenggaraan perkakas dan alatan tangan dapat dilakukan dengan cara :
i. Membersih ii. Meminyak iii. Menyimpan
Aras 1
• Mengenal pasti bahan dan agen pembersih
- Bahan dan agen pembersih seperti minyak tanah, thinner, minyak
pelincir dan sabun
Aras 1
• Membersih alatan tangan
- Perkakas dan alatan tangan mudah dicemari oleh kotoran seperti
habuk, kesan minyak, cat dan karat
- Sabun dan cecair pencuci digunakan untuk membersihkan perkakas
dan alatan tangan
- Terdapat dua jenis minyak yang sesuai untuk digunakan iaitu :
a. Minyak pelincir : untuk mencegah karat pada alatan tangan
b. Minyak gris : untuk melicinkan dan mengelakkan pengaratan pada mesin bergerak
- Cara-cara untuk menyenggara perkakas dan alatan bergantung kepada jenis kotoran
Aras 1
- Membersih alatan tangan
- Meminyak untuk tujuan perlindungan dan perlinciran
Aras 1
-Membersih alatan tangan
-Meminyak untuk tujuan perlindungan dan perlinciran
Aras 1
- Menyimpan alatan tangan
- Perkakas dan alatan tangan yang telah digunakan perlulah disimpan disimpan di tempat yang khas dan selamat.
- Tempat menyimpan alatan perlulah dilabel dengan nama alatan dan kuantiti supaya mudah diambil dan direkod jika berlaku kehilangan.
- Tempat yang paling sesuai untuk menyimpan perkakas atau alatan tangan adalah di dalam bekas alatan atau di dalam almari.
- Pemeriksaan perlu dilakukan dari semasa ke semas untuk memastikan perkakas dan alatan tangan berada dalam keadaan baik dan dapat mencegah kehilangan.
- Jika terdapat perkakas atau alatan tangan yang hilang, perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada guru dan direkodkan.
0 ulasan:
Catat Ulasan