Sabtu, 3 Disember 2011

Hari Usahawan Muda

Baru-baru ini SK Jengka 18 telah menganjurkan Hari Usahawan Muda 2011. Semua murid tahun 6 telah mengambil bahagian sebagai peserta di mana mereka telah diberi peluang untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri. Mereka berpeluang untuk menjual barang jualan mereka kepada semua warga sekolah yang telah dijadikan kumpulan sasaran mereka.
Aktiviti telah berjalan lancar setelah dirancang begitu rapi sebagai persediaan pada hari jualan. Objektif penganjuran telah berjaya dicapai dan ini sebagai melengkapkan pembelajaran bidang Perniagaan & Keusahawanan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. 



0 ulasan:

Catat Ulasan

Carian Baru

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons